hazaldin.com

Just explorer

ALICE WONDERLAND 2010/1951

Alice in Wonderland merupakan filem pengembaraan fantasi yang diarahkan oleh Tim Burton. Ia merupakan sambungan kepada novel Lewis Carroll Alice’s Adventures in Wonderland dan Through the Looking-Glass. Filem ini menggunakan teknik gabungan animasi dan aksi sebenar. Mia Wasikowska memegan peranan Alice, bersama Johnny Depp sebagai The Mad Hatter, Helena Bonham Carter sebagai The Red Queen, Anne Hathaway sebagai The White Queen, Crispin Glover sebagai The Knave of Hearts dan Stephen Fry sebagai The Cheshire Cat.

Perbelanjaan pembikinan filem ini ialah  AS250 Juta

888888888888888888888888888888

888888888888888888888888888

a311

888888888888888888888888888888

a4

888888888888888888888888888888888

nbr awards arrivals 3 150108

Tim Burton

222

Linda Woolverton

Breakthrough Awards

Mia Wasikowska

johnny-depp1

Johnny Depp

anne_hathaway41

Anne Hathaway

sweeney todd premiere 7 100108

Helena Bonham Carter

888888888888888888888888888888888888888888888888

ALICE OF WONDERLAND 1951




88888888888888888888888888
Pautan
ALICE WONDERLAND 1951

ALICE  WONDERLAND  2010

Posted 1 week, 3 days ago at 8:59 pm.

Add a comment

GUNUNG SENYUM/JEBAK PUYUH

dsc01777GUNUNG SENYUM

MONUMEN PERASMIAN HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM

Gunung senyum ini terletak di negeri Pahang di dalam daerah Temerloh berhampiran kawasan Felda Jengka Tiga Segi.Didalamnya terdapat gua gua yang menarik,diantaranya gua angin,gua terang bulan, gua kolam tujuh, gua kambing, guaq petir, gua gajah, gua hidang, gua kelawar,gua taliair, gua taman batu dan gua nisan.

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

Hutan Lipur Gunung Senyum

MAP OF GUNUNG SENYUM.TEMERLOH PAHANG.

MAKLUMAT TERKINI DARI WIKIPEDIA TEMERLOH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SAWAR-_SEKOLAH SAYA 1967 -1972

PAHANGTUORISM

MAP RUMAH KAMPUNG KU..

laluan ke gunung senyum

Satu satu nya jalan atau laluan untuk ke Gunung Senyum,anda akan melalui Jengka Tiga Segi,kemudian Kg Batu Sawar,Kg Badak dan Kg Teluk Sabak.Masjid terdekat dengan Gunung Senyum ialah Masjid Kg Teluk Sabak lebih kurang 1.5km sahaja.

gunung senyum.28.4.07.(2)0001

Pintu Masuk ke Kawasan Reakriasi Gunung Senyum terdapat tembok Selamat Datang ke Hutan Lipur Gunung Senyum

gunung senyum reakreasi temerloh pahang

Di hadapan Chalet Chalet ini terdapat sedikit ruang riadah sesuai jika untuk di jadikan tempat acara bagi hari keluarga atau lain lain acara.

chalet di gunung senyum resort

Chalet Chalet yang terdapat di sini,bolih di sewa untuk pengunjung RM30.00 semalam.dan terdapat dua katil single.

terdapat juga dewan mesyuarat dan kaunter penerangan

Terdapat dewan mesyuarat serta kaunter penerangan,jika anda ada masalah anda bolih berhubung dengan pegawai perhutanan yang berpejabat sebelah dewan ini

taman reakreasi g.senyum

Sekitar lokasi ini sering di jalankan aktiviti riadah olih pelatih PLKN hari keluarga,jabatan kerajaan,dan siri explores yang di jalankan olih TV3 sedikit masa dahulu.

dsc_2138

Dihujung sebelah kiri photo di atas kelihatan Gunung Senyum,photo ini diambil dari Sg Pahang yang berhampiran dengan Rumah saya.

gunung-senyum-dari jengka 23

Gunung Senyum dari Ladang FELDA Jengka 23

gunung-senyum-gua angin

Pintu masuk utama ini di namakan Gua Angin dan Gua Terang Bulan.

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

senarai  gua gua yang terdapat di dalam gunung senyum

Senarai nama gua gua yang terdapat didalam gunung senyum,anda bolih pilih distinasi gua mana yang anda hendak jelajahi dahulu.

gua_gunung_senyum

Gua Terang Bulan,jika anda ke puncak G.Senyum anda akan melalui lubang besar ini.

cave_senyum19Di hadapan gua gua di gunung senyum ini terdapat satu kolam reakreasi anda bolih menaiki bot yang ada di sediakan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan.

salah satu bentuk batu di dalam gua di gunung senyum

Terdapat berbagai bentuk batu batan di dalam gua gunung senyum

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum,lalu di namakan Gunung Senyum.

gunung-senyum- reakreasi gunung senyum disini pernah di anjurkan rancangan explores anjuran tv 3

Batu tanda ini memberi tahu bagaimana Gunung ini mendapat nama sebagai Gunung Senyum

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Untuk sebarang maklumat sila hubungi.

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755

Puncak Gunung Senyum [ Berop ]

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum

Berop ini berbentuk Piramid,ini merupakan setesen Tringulasi Trigonometri iaitu sebagai datum utama bagi penentuan Kordinet sesuatu tempat,bagi Setesen Trig atau berop ini menjadi rujukan kordinat bagi negeri pahang,terdapat satu lagi setesen Trig iaitu di bukit Kertau Chenor tetapi setesen itu menjadi rujukan kordinet bagi Semenanjung Malaysia.Untuk mengetahui anda bolih rujuk kepada tajuk KORDINET MALAYSIA.

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum-21

Puncak Gunung Senyum berhampiran dengan penanda ini terdapat Berop

pemandangan dari puncak gunung senyum

Pemandangan dari puncak Gunung senyum


artikel olih
hazaldin topo.wb.kl

Copyright 2009

Posted 1 year ago at 2:32 pm.

Add a comment

PASAL BURUNG BURUNG

Burung merupakan benda hidup dalam katogeri “bipedal“, kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai yang terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 aturan (orders). Selain itu terdapat pula banyak subspesies yang jika dikira beserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Antara spesis burung ialah;

bangau
Burung Bangau_di Zoo ulu Kelang ada..

murai
Burung murai jenis inin susah untuk di jumpai..

pekaka

Pautan;

Video Clip burung terbang.

Artikel Olih
hazaldin topo.wb.kl

Copyright Jan2009

Posted 1 year ago at 11:54 am.

Add a comment

TASEK TASEK DI MALAYSIA

PENGERTIAN TASEK

Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan sebahagian lautan, yang belih besar dan dalam berbandinga kolam, airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.

Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain pula dijumpai di lembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman Ais yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.

TASEK TASEK DI MALAYSIA

TASEK BERA

tasek-bera1

Tasik Bera merupakan sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber Sungai Pahang.Panjang lebih kurang 35km dan lebar 20 km.

tasek-bera11

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

TASEK KENYIR

MAP TASEK BERA

tasik_kenyir_map011

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Sungai Cacing Tasek Kenyir

Perjalanan Ke Sg Cacing di Tasek Kenyir

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Sg Cacing Tasek Kenyir

Makan Ikan Bakar di Tasek Kenyir

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai ‘bandar mati’.

tasikkenyir3

Tasek Kenyir

Tasek Kenyir merupakan satu tasek buatan yang terluas di Malaysia selain tasek tasek yang lain seperti Temenggor,T.T. Wangsa dan lain lain tasek diMalaysia. Photo ini sekitar tahun 90 an lagi,salah seorang didalam photo ini telah kembali kerahmatullah ( Al-fatiahah untuknya )iaitu arwah Raja Abd Manan yang pernah bekerja di W.Barat sahingga ke akhir hayatnya.

Perjalanan Ke Sg Cacing Tasek Kenyir

Photo dengan boat ini diambil sewaktu menjalankan kerja cerapan GPS di Sg Cacing,untuk sampai kesini mengambil masa selama 8 jam dengan menaiki boat,kami membuat cerapan ini selama 2 malam,sambil membuat cerapan kami menjalankan aktiviti memancing.Hari ke tiga kami balik keKuala Terengganu dengan mendarat di Ampangan hidro Sultan Mahamud di Kuala Berang.

Komen anda klik disini……..

Posted 1 year ago at 11:52 am.

Add a comment

MUZIUM ATM DI PORT DICKSON

Dari kiri kekanan;

1. Keretapi membawa askar melayu . 2. Kapal terbang perang dunia kedua. 3. Kereta Perisai diMuziumAMOR ATM. 4. Didalam Terowong PKM. 5. Didalam Terowong PKM. 6. Didalam Terowong PKM. 7. Ferret Scout Car diserah tahun 1957 kepada ATM. 8. Alat Penyeksaan Potong Jari. 9. Bilik Mesyuarat bawah tanah didalam Terowong PKM.

Komen anda klik kat sini………

Posted 1 year ago at 11:12 am.

Add a comment