hazaldin.com

Just explorer

TANJUNG PIAI JOHOR.


Posted 1 year, 4 months ago at 8:55 pm. Add a comment

tanjungpiai3-map-hujung benua asia

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.

Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai.

Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu.

SEKSYEN TOPOGRAFI DI TG PIAI

Seksyen Topografi Wilayah Barat pernah menjalankan kerja Pemetaan di sekitar daerah ini.Kerja Ukuran Titik Kawal Bumi Tanjung Piai.Di antara Pegawai  yang terlibat.En Mohd Shah dan En Hazaldin,En Halim dan lain lain sebab kerja di sana telah agak lama jadi ingatan tentang nama nama pegawai yang terlibat sudah lupa…

Tip  Tanjung Piai…Tanjung Piai ini juga merupakan di Peghujung benua Asia yang paling selatan.

Pelbagai kemudahan Pengangkutan untuk sampai kesini melainkan bas.

Teksi
Tanjung Piai terletak kira-kira 75 km dari Johor Bahru. Pada masa ini tiada perkhidmatan bas ekspress disediakan untuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Perkhidmatan teksi boleh didapati dari stesen bas Pontian di pusat bandar untuk sampai ke Sungai Belukang iaitu pintu masuk ke Tanjung Piai. Pastikan anda menempah perjalanan kembali ke pusat bandar dari Tanjung Piai dengan pemandu teksi tersebut.

Kereta
Dari Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tg Piai.

Penginapan

Taman ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.

No Replies

Feel free to leave a reply using the form below!


Leave a Reply