ASTRONOMI DI JUPEM

Pameran Astronomi

SempenaSeminar Falak Syarie di Pahang D ALAM bidang astronomi JUPEM      terlibat
secara langsung dalam menyedia dan
membekal maklumat seperti penyediaan Takwim Islam , jadual waktu sembahyang, penentuan
anak bulan Syawal dan Ramadan, arah kiblat, jadual
cerapan dan ramalan air pasang surut dan pelbagai
maklumat yang berkaitan dengannya. JUPEM juga
merupakan salah satu anggota Ahli Jawatankuasa
Teknikal Kalendar Islam. Ahli-ahli Jawatankuasa ini
dilantik setiap dua tahun sekali secara perseorangan.
Ianya terdiri daripada pegawai yang beragama islam
dari agensi-agensi yang terlibat secara langsung di
bidang ini. Kemajuan astronomi dapat menyumbang kepada
perkembangan kegemilangan tamadun Islam.
Sehubungan dengan ini, pada 29 Disember 2004, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang
berlangsungnya Seminar Falak Syarie peringkat negeri
Pahang. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B.
Dato’ Tan Aminuddin bin Hj. Ishak, Timbalan
Menteri Besar Pahang. Dalam ucapan perasmian
beliau menyeru semua umat Islam agar menghayati
bidang Ilmu Falak Syarie untuk menyumbang kepada
perkembangan kegemilangan tamadun Islam. Beliau
juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas usaha Jabatan Mufti Negeri Pahang,
Jawatankuasa Seminar Falak Syarie peringkat negeri
Pahang 2004 dan penglibatan agensi kerajaan, berjaya
mengadakan majlis seminar ini bagi melahirkan
mukmin yang berilmu. Beliau juga mencadangkan
penganjuran seminar seumpama ini di masa akan
datang melibatkan penuntut-penuntut Institut
Pengajian Awam selain kakitangan awam kerana ia
banyak memberi manfaat kepada masyarakat. Jemputan untuk membentangkan kertas kerja
bertajuk “Kaedah Penentuan Aidiladha Dari Sudut
Syariah” oleh pegawai kanan JUPEM, Dr. Azhari bin
Mohamad di seminar ini memberi peluang kepada
JUPEM memberi sumbangan lebih aktif dalam
bidang astronomi. Seramai 200 orang telah dijemput untuk menghadiri
seminar ini, terdiri daripada kakitangan awam dan
orang ramai dari seluruh negeri Pahang serta beberapa
orang dari negeri lain. Pegawai JUPEM Pahang turut
hadir dalam upacara perasmian seminar ini. Pihak
penganjur juga mengucapkan penghargaan kepada
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di atas
kesudian mengadakan pameran sempena seminar ini.
Dalam program lawatan di ruang pameran JUPEM
tetamu-tetamu kehormat dan peserta-peserta seminarbertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang

tetamu-tetamu kehormat dan peserta-peserta seminar telah diberi penerangan peranan JUPEM dalam
aktiviti-aktiviti astronomi melalui poster-poster
JUPEM dan peralatan ukur dan pemetaan seperti
teleskop dan alat ukur total station. Ilmu Falak Syarie atau Astronomi telah diiktiraf oleh
masyarakat sains dunia sebagai ratu sains (the queen
of sciences) . Ilmu ini berkait dengan pengkajian bagi mengetahui kedudukan, peredaran, pergerakan dan
fenomena jasad-jasad samawi seperti bintang-bintang,
matahari, planet-planet, bulan dan sebagainya untuk
tujuan-tujuan ter tentu. Sejarah Islam juga
menunjukkan bahawa kemajuan astronomi telah
menyumbangkan kepada perkembangan
kegemilangan tamadun Islam.

artikal dari
lapuran jupem
pautan ke blog olih

hazaldin JUPEM twbkl.

Jr