BAGAIMANA TERJADI GERHANA MATAHARI
Posted 1 year, 3 months ago at 7:56 pm. Add a comment
Bila cahaya melalui bahan lutsinar kebanyakan cahaya itu akan dilepas kembali dan bergerak
terus. Tetapi apabila cahaya itu tidak dapat melalui sesuatu bahan, bahan itu di namakan bahan
legap. Cahaya seperti tertahan. Sebenarnya cahaya diserap sepenuhnya oleh bahan tersebut.
Kejadian ini menghasilkan satu bayang-bayang di belakangnya. Kejadian ini kerana cahaya bergerak
lurus.
Bulan sebenarnya ialah objek yang memantulkan cahaya matahari yang bergerak mengorbit
bumi untuk tempoh 29 - 30 hari. Manakala Bumi pula berputar pada paksinya untuk tempoh 24 jam
sambil mengorbit Matahari untuk tempoh 365 hari. Pada satu ketika, bila mana kedudukan Matahari,
Bulan dan Bumi terletak pada satu garisan lurus dan ini memungkinkan berlakunya gerhana.
Gerhana berlaku apabila Bulan atau Bumi dilindungi dari cahaya Matahari. Maka apabila gerhana
berlaku terutamanya Gerhana Matahari Penuh (GMP), Bumi akan gelap seketika. Seterusnya, kita
akan dapat melihat bintang dan buruj di langit, suhu sekitar akan jatuh beberapa darjah dan binatang-
binatang liar akan keliru seketika. Ini merupakan fenomena yang unik. Bagi para saintis pula, mereka
menunggu saat ini untuk merakam dan melakukan penyiasatan aktiviti Matahari terutamanya
fenomena korona yang hanya dapat kelihatan secara langsung dari Bumi hanya pada ketika gerhana
berlaku. Sehubungan dengan itu aktiviti seperti astrofotografi giat dijalankan semasa gerhana
berlaku. Walaupun gerhana berlaku telah beratus dan beribu kali, setiap fenomena gerhana adalah
unik dan keunikan itulah yang diselidiki oleh saintis