BOWLING

UNTUK MELIHAT LAIN LAIN GAMBAR KLIK KAT BAWAH TULISAN BIRU.
Sudah agak lama jugak seksyen topografi barat tidak mengadakan aktiviti,alhamdulillah akhirnya berjaya juga mengadakan perlawanan bowling,sebenarnya bukan perlawanan bowling tetapi perlawanan baling bola bowling,masing masing punye skil tersendiri tengoklah macamana bola masuk parit,ada yang dah dua kali baling pun parit tepi tu jugak yang masuk..disini sedikit sejarah bagaimana terciptanya permainan bowling..
BOWLING
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Bowling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).
Permainan ini berasal dari permainan “skittle” dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.
NAK TENGOK SKIL BALING BOWLING DARI GENG TOPOBARAT…


