Archive for the ‘Uncategorized’ Category

SAMBAL ROM/RONG BUAH GETAH

Wednesday, December 15th, 2010
Sambal Rom  biji  getah
Ni lah buah getah, aku rasa ramai yang tahu dan kenal buah ni, tapi kelazatan buah ni hanya segelintir je yang mengetahuinya. Sambal rong atau rom ni kurang dikenali tapi ramai yang tahu namanya, makanan orang negeri Pahang, belah-belah Jerantut sana popular, yang paling popular asam rong dimasak gulai tapi akunyer nih lain skit, dibakar macam lempeng.. ramai yang tak tahu. OK takper…aku nak cerita skit laa pasal buah getah ni.
Buah getah ni sebenarnya tak mabuk, sebabnya kalau kat pokok getah nak cari buah ni kene berebut dengan kera dulu..kalau mabuk kera tu mati dahhhh….kera sukaaaaaaaa makan hehehehhe, kera tu kata anti oksidannnn hahaha .. bab2 kandungan lam buah getah tu ako tak tauu apa-apa yang aku tau makan je. Jangan percaya cakap kera tu.
Dah bertahun tahun aku tak dapat menikmati hidangan sambal rong ni..last2 nya ada pendatang baru kat umah aku tuh…sebelah kampong aku, dia dok selalu balik kg, aku pun soh la dia bawak biji getah…fuhh memang dia bawak, mak dia laa cari kannn….thanksss makcik!
Caranya begini..
Mula2 kena kopek buah yang kulit keras tu, senang je ketuk je ngan lesung batu, gedebekkkk bunyi, keras la katakan…pas tu kupas kasi buang selaput warna putih tuh (lihat gambar)..leceh la skit mengupasnya, lenguh gak jari jemari…
Dah habis kupas selaput tu..basuh la kasi bersih sama itu buah…pas tu tumbuk buah getah tu lumat-lumat bersama sedikit garam dan cili padi..kasi pedas skit. Dah lumat kuar kan tepek-tepek laa atas tudung periuk or kuali…yang ako tunjuk ni lam kuali…tepek nipis-nipis….tebal lambat garing. Dah tepek macam lempeng tu..bakar laa plak, kalau dapur gas tu kecik je laa api nya..biasa kat kampung bakar kat atas bara api, bakar sampai garing tapi jangan la sampai hangusssss…agak-agak garing angkat laa…dia melekat, rodok-rodok la ngan sudu, hancur pun takper, rasa tetap sedap..memang tak dapat lihat sekeping.. original garing. …bapok sedappppnyeh! Makan dengan nasi panas…

ratah jeee…pedasssssssssss tapi sedap, aku buat sendiri tenggek atas dapur gas je, kat kl mana ada kayu api nak buat bara kannn….tak payah lauk lain dah…automatic jadi lauk dah tuu

Sambal rong/sambal rom
Di petik dari Maz 156.com
di susun olih hazaldin.com

PAYUDARA CERMIN PERANGAI WANITA

Wednesday, December 15th, 2010

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

3867096766 8112e8cfe9 Payudara Cermin Perangai Wanita?

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Anda yang boleh menentukan samada artikel ini betul ke tidak… anda cubalah sendiri tapi berhati-hati yer. icon biggrin Payudara Cermin Perangai Wanita?

BINTANG BURUJ/ARAH KIBLAT

Tuesday, December 14th, 2010

Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat, lihat Rajah 6.1.

Buruj Orion dan Penentuan arah kiblat

Selain daripada buruj Orion (Belantik), arah kiblat juga boleh ditentukan dari arah utara dan selatan yang ditunjukkan oleh beberapa buruj bintang. Setelah diketahui kedudukan utara, maka arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan bezaan sudut di antara arah utara dengan arah kiblat. Untuk mengetahui arah kiblat dari mana-mana tempat di Malaysia, bukalah sudut sebesar 68° ke kiri, iaitu arah kiblat yang dikehendaki. Selain dari bintang kutub, anda juga boleh menggunakan arah selatan yang ditunjukkan oleh buruj Pari atau Salib Selatan (Crux).

Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah

Fenomena istiwa Matahari di Kaabah

Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku peristiwa istiwa matahari atas Kaabah. Istiwa adalah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dan nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 21 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa, berlaku tepat di kedudukan zenit. Berdasarkan keadaan yang sama, matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini, bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.

buruj-skorpioburuj-biduk

Buruj Skorpio                                                                          buruj  biduk

upsr_s1m3buruj  belantik

Buruj      pari                                                        buruj  belantik

Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:

Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya.

Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.

  1. Cara menyemak tiang supaya tegak dan lurus

PC Fair Di KLCC

Tuesday, December 14th, 2010

dsc_0032_tonemapped1

Ahad lepas  12hb disember  berakhir  pamiran PC Fair  di KLCC,walaubagaimana pun pada jumat petang saya sudah membuat tinjauwan ke PC  Fair ini,tinjau barangan multimedia munking ada  model 2 telipon bimbit  atau barangan multimedia  yang lain,tetapi pada ahad lepas saya berkunjung  lagi  kesana  selepas magrib,meriah  macam biasa  gadis  2  seksi tak  putus putus memperagakan barangan multimedia   berserta  dengan  diri mereka sekali.purata para pengunjug  yang hadir  kesana  dari golongan  sekitar lepasan  sekolah hingga  awal 30an,rata rata mereka ini peminat barangan multimedia  dan model 2  terkini telipon bimbit.

KLIK  ATAS  PHOTO UNTUK   IMAGE   BESAR

Berbagai  gaya   model  barangan multimedia mempertontonkan  barangan dan aksi  mereka,boleh lah di anggap  di samping mempertontonkan barangan model2 ini juga mempersembahkan  aksi  mereka..

Sewaktu   balik sempat saya  snap  gambar   KLCC

GUNUNG SENYUM/JEBAK PUYUH

Sunday, February 22nd, 2009

dsc01777GUNUNG SENYUM

MONUMEN PERASMIAN HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM

Gunung senyum ini terletak di negeri Pahang di dalam daerah Temerloh berhampiran kawasan Felda Jengka Tiga Segi.Didalamnya terdapat gua gua yang menarik,diantaranya gua angin,gua terang bulan, gua kolam tujuh, gua kambing, guaq petir, gua gajah, gua hidang, gua kelawar,gua taliair, gua taman batu dan gua nisan.

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

Hutan Lipur Gunung Senyum

MAP OF GUNUNG SENYUM.TEMERLOH PAHANG.

MAKLUMAT TERKINI DARI WIKIPEDIA TEMERLOH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SAWAR-_SEKOLAH SAYA 1967 -1972

PAHANGTUORISM

MAP RUMAH KAMPUNG KU..

laluan ke gunung senyum

Satu satu nya jalan atau laluan untuk ke Gunung Senyum,anda akan melalui Jengka Tiga Segi,kemudian Kg Batu Sawar,Kg Badak dan Kg Teluk Sabak.Masjid terdekat dengan Gunung Senyum ialah Masjid Kg Teluk Sabak lebih kurang 1.5km sahaja.

gunung senyum.28.4.07.(2)0001

Pintu Masuk ke Kawasan Reakriasi Gunung Senyum terdapat tembok Selamat Datang ke Hutan Lipur Gunung Senyum

gunung senyum reakreasi temerloh pahang

Di hadapan Chalet Chalet ini terdapat sedikit ruang riadah sesuai jika untuk di jadikan tempat acara bagi hari keluarga atau lain lain acara.

chalet di gunung senyum resort

Chalet Chalet yang terdapat di sini,bolih di sewa untuk pengunjung RM30.00 semalam.dan terdapat dua katil single.

terdapat juga dewan mesyuarat dan kaunter penerangan

Terdapat dewan mesyuarat serta kaunter penerangan,jika anda ada masalah anda bolih berhubung dengan pegawai perhutanan yang berpejabat sebelah dewan ini

taman reakreasi g.senyum

Sekitar lokasi ini sering di jalankan aktiviti riadah olih pelatih PLKN hari keluarga,jabatan kerajaan,dan siri explores yang di jalankan olih TV3 sedikit masa dahulu.

dsc_2138

Dihujung sebelah kiri photo di atas kelihatan Gunung Senyum,photo ini diambil dari Sg Pahang yang berhampiran dengan Rumah saya.

gunung-senyum-dari jengka 23

Gunung Senyum dari Ladang FELDA Jengka 23

gunung-senyum-gua angin

Pintu masuk utama ini di namakan Gua Angin dan Gua Terang Bulan.

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

senarai  gua gua yang terdapat di dalam gunung senyum

Senarai nama gua gua yang terdapat didalam gunung senyum,anda bolih pilih distinasi gua mana yang anda hendak jelajahi dahulu.

gua_gunung_senyum

Gua Terang Bulan,jika anda ke puncak G.Senyum anda akan melalui lubang besar ini.

cave_senyum19Di hadapan gua gua di gunung senyum ini terdapat satu kolam reakreasi anda bolih menaiki bot yang ada di sediakan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan.

salah satu bentuk batu di dalam gua di gunung senyum

Terdapat berbagai bentuk batu batan di dalam gua gunung senyum

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum,lalu di namakan Gunung Senyum.

gunung-senyum- reakreasi gunung senyum disini pernah di anjurkan rancangan explores anjuran tv 3

Batu tanda ini memberi tahu bagaimana Gunung ini mendapat nama sebagai Gunung Senyum

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Untuk sebarang maklumat sila hubungi.

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755

Puncak Gunung Senyum [ Berop ]

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum

Berop ini berbentuk Piramid,ini merupakan setesen Tringulasi Trigonometri iaitu sebagai datum utama bagi penentuan Kordinet sesuatu tempat,bagi Setesen Trig atau berop ini menjadi rujukan kordinat bagi negeri pahang,terdapat satu lagi setesen Trig iaitu di bukit Kertau Chenor tetapi setesen itu menjadi rujukan kordinet bagi Semenanjung Malaysia.Untuk mengetahui anda bolih rujuk kepada tajuk KORDINET MALAYSIA.

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum-21

Puncak Gunung Senyum berhampiran dengan penanda ini terdapat Berop

pemandangan dari puncak gunung senyum

Pemandangan dari puncak Gunung senyum


artikel olih
hazaldin topo.wb.kl

Copyright 2009

PASAL BURUNG BURUNG

Sunday, February 22nd, 2009

Burung merupakan benda hidup dalam katogeri “bipedal“, kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai yang terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 aturan (orders). Selain itu terdapat pula banyak subspesies yang jika dikira beserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Antara spesis burung ialah;

bangau
Burung Bangau_di Zoo ulu Kelang ada..

murai
Burung murai jenis inin susah untuk di jumpai..

pekaka

Pautan;

Video Clip burung terbang.

Artikel Olih
hazaldin topo.wb.kl

Copyright Jan2009

TASEK TASEK DI MALAYSIA

Sunday, February 22nd, 2009

PENGERTIAN TASEK

Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan sebahagian lautan, yang belih besar dan dalam berbandinga kolam, airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.

Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain pula dijumpai di lembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman Ais yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.

TASEK TASEK DI MALAYSIA

TASEK BERA

tasek-bera1

Tasik Bera merupakan sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber Sungai Pahang.Panjang lebih kurang 35km dan lebar 20 km.

tasek-bera11

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

TASEK KENYIR

MAP TASEK BERA

tasik_kenyir_map011

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Sungai Cacing Tasek Kenyir

Perjalanan Ke Sg Cacing di Tasek Kenyir

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Sg Cacing Tasek Kenyir

Makan Ikan Bakar di Tasek Kenyir

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai ‘bandar mati’.

tasikkenyir3

Tasek Kenyir

Tasek Kenyir merupakan satu tasek buatan yang terluas di Malaysia selain tasek tasek yang lain seperti Temenggor,T.T. Wangsa dan lain lain tasek diMalaysia. Photo ini sekitar tahun 90 an lagi,salah seorang didalam photo ini telah kembali kerahmatullah ( Al-fatiahah untuknya )iaitu arwah Raja Abd Manan yang pernah bekerja di W.Barat sahingga ke akhir hayatnya.

Perjalanan Ke Sg Cacing Tasek Kenyir

Photo dengan boat ini diambil sewaktu menjalankan kerja cerapan GPS di Sg Cacing,untuk sampai kesini mengambil masa selama 8 jam dengan menaiki boat,kami membuat cerapan ini selama 2 malam,sambil membuat cerapan kami menjalankan aktiviti memancing.Hari ke tiga kami balik keKuala Terengganu dengan mendarat di Ampangan hidro Sultan Mahamud di Kuala Berang.

Komen anda klik disini……..

MUZIUM ATM DI PORT DICKSON

Sunday, February 22nd, 2009

Dari kiri kekanan;

1. Keretapi membawa askar melayu . 2. Kapal terbang perang dunia kedua. 3. Kereta Perisai diMuziumAMOR ATM. 4. Didalam Terowong PKM. 5. Didalam Terowong PKM. 6. Didalam Terowong PKM. 7. Ferret Scout Car diserah tahun 1957 kepada ATM. 8. Alat Penyeksaan Potong Jari. 9. Bilik Mesyuarat bawah tanah didalam Terowong PKM.

Komen anda klik kat sini………