hazaldin.com

Just explorer

GUNUNG SENYUM (my “kampung” Temerloh))


Posted 1 year, 4 months ago at 11:28 pm. Add a comment

Hutan Lipur Gunung Senyum

MAP OF GUNUNG SENYUM.TEMERLOH PAHANG.

MAKLUMAT TERKINI DARI WIKIPEDIA TEMERLOH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SAWAR-_SEKOLAH SAYA  1967 -1972

PAHANGTUORISM

MAP  RUMAH KAMPUNG KU..

gunung senyum.28.4.07.(2)0001

gunung senyum reakreasi temerloh pahang

chalet di gunung senyum resort

Chalet Chalet yang terdapat di sini,bolih di sewa untuk pengunjung RM30.00 semalam.

taman reakreasi g.senyum

Sekitar lokasi ini sering di jalankan aktiviti riadah olih pelatih PLKN hari keluarga,jabatan kerajaan,dan siri explores yang di jalankan olih TV3 sedikit masa dahulu.

gunung-senyum- reakreasi gunung senyum disini pernah di anjurkan rancangan explores anjuran tv 3

dsc_2138

Dihujung sebelah kiri photo di atas kelihatan Gunung Senyum,photo ini diambil dari Sg Pahang yang berhampiran dengan Rumah saya.

gunung-senyum-dari jengka 23

gunung-senyum-gua angin

Pintu masuk utama ini di namakan Gua Angin dan Gua Terang Bulan.

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan.

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

MAKLUMAT TAMBAHAN.

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Untuk sebarang maklumat sila hubungi.

Pegawai Hutan Daerah

Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,

28000 Temerloh, Pahang.

Tel. : 09-2962755

PUNCAK GUNUNG SENYUM

berop-atau-setesen-topotrig-orign-npahanggsenyum

BEROP.Penanda ini telah di bina pada tahun1907,Berop ini merupakan setesen Triangulasi KORDINAT Negeri Pahang.Semua Bearing,KOrdinat bagi negeri Pahang akan dirujuk pada setesen Berop ini.

berop-atau-setesen-topotrig-orign-npahanggsenyum-21

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum-4

Pemandangan dari puncak Gunung Senyum,di kaki Gunung ini ialah Kampung  saya dahulunya di kenali Kg Paya Gunung

PUNCAK GUNUNG SENYUMKita lihat batu batu di sini telah botak dan gondol,tetapi dahulu nya seawal tahun 80an cantik dan tidak terjejas ini di sebabkan terdapat segulungan pengunjung yang tidak bertanggung jawab telah membakar sampah dan daun daun kering di sini,satelah membakarnya mereka turun dan tinggalkan,jadi api nya merebak ke sekitar puncak Gunung ini,waktu kebakaran itu apabila malam hari dapat di lihat puncak gunung ini seolah olah gunung berapi yang meletup kayu kayan dan sebagainya terbakar dan tumbang kebawah.

Comments are closed.